Selasa, 12 November 2013

Geometri Lipatan



Setelah sebelumnya kita telah membahas tentang definisi Lipatan, kali ini kita akan membahas tentang Geometri Lipatan. Geometri sendiri berasal dari bahasa Yunani yaitu geo yang artinya bumi dan metro yang artinya mengukur. Berikut beberapa bahasan tentang geometri lipatan:

1. Lipatan merupakan struktur seperti gelombang yang terhasil akibat canggaan perlapisan, foliasi dan permukaan planar yang lain pada skala yang berbagai.

2.  Lipatan terbentuk di persekitaran canggaan yang berbagai, daripada permukaan kerak bumi yang rapuh hingga ke bahagian dalam bumi yang mulur.

3.  Lipatan boleh berbentuk secara terbuka dan landai hingga ke sangat ketat dan berlaku secara berasingan atau berkumpulan.

4.   Batuan mungkin mengalami satu episode perlipatan atau lebih, sehingga menyebabkan pertindihan beberapa generasi lipatan.

5. Semasa mengkaji lipatan, ada tiga skala digunakan untuk memudahkan penerangan, iaitu struktur mikroskopik (dilihat di bawah mikroskop), mesoskopik (saiz dari pada sampel tangan hingga singkapan) dan makroskopik (saiz peta atau lebih besar).

6.  Kebanyakan kajian geometri lipatan melibatkan pengukuran pada skala mesoskopik, dan skala yang lain menguatkan lagi cerapan kita. Biasanya struktur berskala kecil akan menyerupai struktur berskala besar dan sebaliknya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar