a. Perlipatan dipengaruhi oleh suhu,
tekanan, cecair dan sifat badan batuan (komposisi, tekstur dan sifat setiap
lapisan).
b. Mekanisma perlipatan merangkumi
pemampatan atau pemendekkan (buckling),
pembengkokkan (bending), aliran
fleksur (flexural flow) dan aliran
pasif (passive flow). Setiap
mekanisma ini disertai oleh gelincir fleksur (flexural slip).
c. Untuk lapisan mengekalkan
ketebalannya semasa ia dilipat, gelincir fleksur berlaku sepanjang sempadan
perlapisan. Kesan gelinciran ini diperhatikan daripada kehadiran kesan
gores-garis (slickenside) pada permukaan lapisan.
d. Mekanisme pembengkokkan
melibatkan arah canggaan yang tegak dengan sesuatu lapisan dan biasanya
menghasilkan lipatan yang terbuka, seperti kubah, lembangan dan gerbang.
e. Pembengkokkan boleh berlaku bila
ada objek tertentu (seperti intrusi batuan igneus, struktur dupleks) berada di
bawah sesuatu lapisan.
f. Pemampatan/Pemendekkan (buckling) melibatkan arah canggaan yang
selari dengan perlapisan. Pada suhu yang rendah, buckling disertai oleh
gelincir fleksur.
g. Sebelum buckling berlaku lapisan
biasanya dipendekkan secara mendatar dan ditebalkan secara menegak dengan
lapisan.
h. Variasi daripada buckling adalah
kinking. Kinking ini biasanya berasosiasi dengan batuan skis dan membentuk
lipatan chevron. Ia terhasil akibat daripada proses gelincir fleksur yang
terkekang.
i. Mekanisma aliran fleksur (flexural flow) berlaku bila sebahagian
lapisan bersifat mulur dan sebahagian bersifat rapuh. Lapisan yang bersifat
rapuh mempengaruhi bentuk lipatan yang terhasil.
j. Mekanisma aliran pasif (passive
flow) melibatkan aliran mulur pada keseluruhan batuan. Perlapisan, foliasi atau
jalur hanya menjadi lapisan petunjuk. Aliran pasif ini hanya berlaku pada
batuan di mana tidak ada perbezaan kemuluran antara lapisan dan menghasilkan
lipatan serupa.
k. Kombinasi antara beberapa
mekanisma di atas sering berlaku atau bersaingan pada persekitaran tekanan dan
suhu yang berbagai.
l. Dekat permukaan bumi, gelincir
fleksur dan buckling biasa berlaku. Bila lipatan menjadi lebih ketat, geseran
antara lapisan meningkat dan gelinciran sukar berlaku. Pada peringkat ini
mekanisma yang menghasilkan ira mengambilalih untuk proses canggaan seterusnya.